Tuesday, December 11, 2018

Laporan Amali Fotosintesis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada hari Isnin minggu lalu iaitu pada 3 Disember 2018, kami telah menjalankan satu amali iaitu kajian fotosintesis bertempat di Makmal Tisu Kultur, N30.

Oleh itu, tujuan saya  menulis pada hari ini adalah untuk berkongsi serba sedikit tentang amali yang telah kami lakukan... Selamat membaca 😊

1.0 PENGENALAN

Fotosintesis merupakan proses pembinaan makanan iaitu glukosa oleh tumbuhan hijau daripada air dan karbon dioksida dengan kehadiran cahaya matahari dan klorofil. Bahan yang dihasilkan ialah gas oksigen dan glukosa yang ditukar kepada kanji. 

Kanji merupakan bahan karbohidrat kompleks yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai penyimpan tenaga setelah menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil dalam proses fotosintesis. Untuk membuktikan kehadiran kanji di dalam tumbuhan, satu eksperimen telah dilakukan dengan menggunakan sehelai daun sebagai bahan amali pada kali ini.


2.0 OBJEKTIF

Objektif menjalankan amali fotosintesis ini adalah untuk:

i. Menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan atau dedaun hijau.
ii. Mengenal pasti bahan- bahan yang digunakan dalam proses amali fotosintesis.
iii. Mengenal pasti langkah-langkah yang dijalankan semasa proses amali fotosintesis.
iv. Mengenalpasti hasil pemerhatian daripada amali yang telah dilakukan.

3.0 BAHAN YANG DIGUNAKAN

Bil.
Bahan

Gambar
1.
Daun Pokok Warna Hijau

- Digunakan sebagai bahan utama dalam amali fotosintesis.

- Daun berwarna hijau dan dapat membuat makanannya sendiri kerana kehadiran klorofil.



2.
Alkohol/ Ethanol

- Berfungsi untuk membuka klorofil dan melunturkan warna hijau pada daun.


 

3.

Iodine

- Digunakan untuk mengesan kanji yang terdapat pada daun.



4.


Air Mendidih

- Digunakan untuk melembutkan daun dan membuka stomata daun.

- Mencuci lebihan ethanol pada daun.






4.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Bil.
Peralatan

Gambar
1.
Tabung Uji

- Digunakan untuk mengisi dan memanaskan bahan kimia dalam kuantiti yang kecil.

- Digunakan meletakkan daun dan alkohol di dalamnya.

 

2.
Piring Petri

- Digunakan untuk meletakkan daun hijau yang telah direndam di dalam air mendidih.


3.
Pemegang Tabung Uji

- Digunakan untuk memegang tabung uji semasa proses pendidihan daun hijau dalam larutan alkohol.

  

4.
Bikar
- Digunakan untuk  menyukat larutan alkohol

  

5.
Periuk Elektrik

- Digunakan untuk memasak air sehingga mendidih.

  

6.
Pisau

- Digunakan untuk memotong, menghiris daun hijau menjadi kepingan yang kecil bagi memudahkan daun hijau dimasukkan ke dalam tabung uji.
  
7.
Papan Pemotong

- Digunakan sebagai pengalas kepada bahan iaitu, daun hijau yang hendak dipotong.


 
8.
Forcep
- Digunakan untuk mengambil daun hijau yang telah direndam di dalam air didih dan di masukkan ke dalam tabung uji yang mengandungi alkohol.


 


5.0 LANGKAH- LANGKAH

Bil.
Langkah-langkah

Gambar
1.

Daun hijau dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.



 
2.

Daun dipotong di atas papan pemotong menjadi saiz yang lebih kecil dengan menggunakan pisau.


 
3.

Alkohol disukat di dalam bikar. Setelah itu, bikar yang mengandungi alkohol tersebut dituang ke dalam tabung uji setinggi 3 cm.
 

4.

Daun yang telah dipotong diletakkan di dalam air didih selama 1 minit untuk membunuh dan melembutkan daun tersebut.



5.
Setelah 1 minit, daun tersebut dikeluarkan dan diletakkan ke dalam tabung uji yang mengandungi alkohol dengan mengunakan forsep.



6.
Tabung uji kemudiannya diletakkan di dalam air mendidih selama 5 minit. Pemegang tabung uji digunakan supaya tabung uji kekal pada kedudukannya. Daun dibiarkan terendam di dalam alkohol di dalam tabung uji.



 
7.
Setelah 5 minit, tabung uji dikeluarkan daripada air mendidih dan diperiksa sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. Alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji. Daun dikeluarkan daripada tabung uji.

8.




Daun direndam semula di dalam air panas yang terakhir selama 1 minit. Setelah 1 minit daun dibawa keluar dan diletakkan di dalam piring petri.


9.

Daun yang diletakkan di dalam piring petri kemudiannya diletakkan iodin dengan sekali titisan. Setelah 5 minit, keputusan diambil dan direkodkan.


 .



6.0 PEMERHATIAN


 
Sebelum iodin dititiskan

 
Setelah iodin dititiskan dan dibiar selama 5 minit.

Setelah amali dijalankan, terdapat beberapa pemerhatian yang dibuat. Antaranya ialah daun yang direndam di dalam alkohol dan dididihkan bertukar menjadi kekuningan kerana klorofil yang terdapat pada daun telah dikeluarkan. Hal ini kerana, alkohol bertindak  balas dan berfungsi untuk membuka klorofil dan melunturkan warna hijau pada daun.

Selain itu, daun yang telah diletakkan iodin bertukar menjadi warna biru menandakan terdapatnya kehadiran kanji di dalam daun.


 7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, proses fotosintesis merupakan proses penting bagi tumbuhan untuk membuat makanannya sendiri. Sama seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan makanan untuk membesar. Semasa melakukan eksperimen ini, saya mendapati bahawa daun yang telah direndam di dalam air mendidih telah menjadi lembut. Tujuan daun tersebut direndam di dalam air mendidih kerana untuk membuka stomata pada daun tersebut. Selain itu, juga mendapati setelah daun dimasukkan ke dalam tabung uji yang yang mengandungi alkohol, warna daun akan bertukar warna menjadi kekuningan kerana klorofil yang terdapat pada daun tersebut telah hilang. 

Di samping itu, apabila iodin dititiskan di atas daun, tindak berlaku apabila daun tersebut bertukar menjadi biru gelap. Hal ini dapat disimpulkan bahawa daun yang berwarna hijau mempunyai kehadiran kanji.



 8.0 RUJUKAN



Ong Ivy, November 2013 , Fotosintesis, https://www.slideshare.net/kumpulan03/fotosintesis-27953311

Wikipedia, April 2015, Iodin https://ms.wikipedia.org/wiki/Iodin 

Wikipedia, Mei 2018, Etanol, https://ms.wikipedia.org/wiki/Etanol 

Wikipedia, Mac 2018, Kanji, https://ms.wikipedia.org/wiki/Kanji