Pada minggu ini, kami telah membuat semaian biji benih dan membuat eksperimen untuk menentukan tesktur tanah melalui cara mendapan dan cara medan serta membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.
Pada sebelah petang, kami memulakan kerja-kerja menyemai biji benih pada batas masing-masing. Pada minggu lepas, Puan Salina telah memberi tunjuk cara kepada kami untuk menyemai biji benih dan pemilihan biji benih yang elok.
Sebelum menyemai, batas perlu di ratakan terlebih dahulu dan membuat alur bagi memudahkan proses penyemaian biji benih. Kami telah menanam 3 jenis biji benih iaitu Pak Choi, Sawi Hong Kong dan Bayam Merah Hijau. Proses semaian perlu dilakukan mengikut langkah yang betul agar biji benih dapat bercambah dengan baik.
Proses meratakan semula tanah sebelum membuat semaian |
Proses membuat ulir pada batas. Setiap batas membuat 4 ulir. Setiap 2 ulir menanam 1 jenis tanaman.
Kami telah memilih biji benih jenis Pak Choii, Sawi Hong Kong, dan Bayam Merah Hijau
Sebelum menyemai biji benih pada batas, biji benih di gaul bersama pasir. Sukatannya adalah 1 penutup botol biji benih nisbah 10 penutup botol pasir. Hal ini dilakukan agar semasa semaian berlaku biji benih tersebut mempunyai jarak untuk tumbuh.
Seterusnya, proses menabur biji benih yang telah digaul bersama pasir dilakukan ke atas batas masing-masing.
Setelah selesai, bahagian alur yang telah di taburkan biji benih tersebut di tutup menggunakan tanah tanpa menekan alur tersebut.
Akhir sekali, batas di tutup dengan net hitam supaya semasa proses menyiram biji benih tidak dibawa bersama dengan air serta menghalang 70 % cahaya matahari terus sampai ke biji benih. Batas tersebut di tutup menggunakan net hitam selama 5 hari selepas waktu semaian dilakukan.
Sebelum meninggalkan ladang, proses siram perlu di lakukan.
Berikut merupakan eksperiment yang dijalankan bagi menentuk tekstur tanah yang terdapat di batas kami.
Eksperimen 1
Tajuk:
Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan.
Bahan
dan alatan:
- Sampel tanah
- Balang gas
Langkah-langkah
- Masukkan 40 hingga 50 g tanah ke dalam balang gas.
- Isikan air ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh.
- Tutup mulut balang gas dengan penutup dan gongcangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
- Letakkan balang gas di atas meja semalaman (24 jam) tanpa gangguan.
- Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap. Catatkan dalam jadual.
- Hitungkan peratusan pisahan tanah.
- Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.
SISTEM ATTERBERG
*Peratus pisahan dikira seperti berikut:
Peratus pisahan = Ketinggian lapisan pisahan (mm)× 100
Ketinggian semua lapisan
Batas 6
Keputusan: Ketinggian
keseluruhan pisahan 31 mm
PISAHAN
|
KETINGGIAN
(MM
|
PERATUS
(%)
|
Pasir
|
4
|
13
|
kelodak
|
8
|
26
|
Tanah Liat
|
20
|
65
|
TEKSTUR
TANAH
|
“Sandy Loam”
|
Batas 9
Keputusan: Ketinggian
keseluruhan pisahan 30 mm
PISAHAN
|
KETINGGIAN
(MM
|
PERATUS
(%)
|
Pasir
|
15
|
50
|
kelodak
|
3
|
10
|
Tanah Liat
|
12
|
40
|
TEKSTUR
TANAH
|
“Sandy Loam”
|
Kesimpulan:
Tanah yang terdapat pada kedua-dua
batas adalah jenis tanah yang sesuai untuk tanaman kerana boleh membekalkan
keperluan bagi biji benih untuk hidup.
Eksperiment 2
Tajuk: Menentukan
tekstur tanah melalui cara mendapan.
Bahan dan alatan:
- Sampel tanah
- Air
Langkah-langkah:
- Ambil
lebih kurang 20 g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah
dengan diameter 2-3 cm)
- Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
- Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang.
Batas 6 dan 9:
PEMERHATIAN:
PMERHATIAN
|
KEPUTUSAN
|
Rod tidak
dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
|
|
Bebola
dapat dibentuk (pasir berloam)
|
√
|
Rod dapat
dibentuk (tanah loam)
|
√
|
Rod
membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat)
|
|
Gelang
yang retak-retak (tanah liat berpasir)
|
|
Gelang
dapat dibentuk (tanah liat)
|
√
|
KESIMPULAN:
Tanah yang terdapat pada batas kami
adalah tanah pasir berloam dan tanah liat. Keseluruhannya, tanah pada batas
kami ialah tanah yang seimbang dan sesuai untuk keperluan tanaman untuk terus
hidup.
Eksperiment 3:
Tajuk:
Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.
Bahan
dan alatan:
BIL
|
BAHAN DAN ALATAN
|
GAMBAR
|
1
|
Tiga jenis sampel tanah (tanah berpasir, tanah loam, tanah liat)
|
|
2
|
Air suling
|
|
3
|
Gentian kaca
|
|
4
|
Bikar
|
|
5
|
Tirus penyorong
|
|
6
|
ph analos
|
|
7
|
ph meter berdigital
|
|
- Tiga jenis sampel tanah (tanah berpasir, tanah loam, tanah liat)
- Air suling
- Genting kaca
- Bikar
- Ph analog
- Ph meter berdigital
Langkah-langkah:
- Keringkan sampel-sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sample tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.
- Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalah rajah.Langkah Keselamatan: Awas, jangan mbil gentian kaca dengan jari!
- Sukat tiga sampel 50 ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100ml.
- Dalam masa yang sama, tuaungkan 50 ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 10 minit.
- Catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual yang berikut:
KEPUTUSAN:
BATAS
|
ISIPADU
AIR (ml)
|
pH
(Air)
|
pH
(Tanah)
|
1
|
40
|
6.86
|
6.40
|
2
|
40
|
6.53
|
6.40
|
3
|
42
|
6.70
|
6.20
|
4
|
43
|
6.43
|
6.40
|
5
|
30
|
6.36
|
6.20
|
6
|
25
|
6.55
|
5.40
|
7
|
38
|
5.66
|
6.60
|
8
|
38
|
6.20
|
6.25
|
9
|
30
|
6.42
|
5.90
|
10
|
30
|
7.37
|
6.20
|
11
|
40
|
6.46
|
6.40
|