Assalamualaikum dan selamat menempuh semester baru kepada semua rakan-rakan dan ini adalah aktiviti pertama yang kami lakukan sepanjang minggu ini.
Pada minggu ini, kami akan menceritakan tentang aktiviti yang dilakukan pada hari pertama kami di ladang. Sebelum itu, terdapat peraturan dan langkah keselamatan yang kami perlu patuhi sepanjang melakukan kerja diladang.
Peraturan dan Langkah Keselamatan
1. Memakai pakaian yang sesuai.
2. Dilarang bergurau senda semasa melakukan kerja atau memengang alatan tajam.
3. Alatan tangan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dan disimpan di dalam stor dengan kemas.
4. Sebarang kerosakkan alat dan mesin boleh di laporkan kepada pembantu ladang.
Contoh Pakaian yang sesuai dipakai semasa berada di ladang.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini ;
1. Mengukur batas
Setiap kumpulan akan diberikan satu lot tanah yang berukuran 10kaki x 5kaki.
Maklumat Tambahan :
Batas merupakan satu kawasan tanah yang di tinggikan untuk pertanian atau tanaman sayuran selain untuk perkebunan dalam bahasa mudahnya di tanah tinggi tersebut dengan tujuan bagi memastikan tanaman tidak tenggelam kedalam air.
2. Merumput / Merumpai
Setiap kumpulan yang telah mendapat lot tanah masing-masing dikehendaki merumput dahulu sebelum menggembur tanah. Tujuan merumput ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya persaingan antara tanaman yang hendak ditanam.
Tujuan merumput adalah untuk mengelakkan persaingan di antara tanaman hiasan dengan rumpai untuk mendapatkan nutrien, air dan cahaya
Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pembiakan perosak dan ejen penyakit untuk anak pokok baru nanti.
3. Menggembur tanah
Aktiviti mengembur tanah merupakan aktiviti yang penting bagi menghancurkan tanah yang telah dirumpai menjadi kecil, hal ini demikian kerana menggembur tanah dapat membantu tanaman untuk membiak dengan baik terutama sekali bahagian akar dan percambahan biji benih tanaman tersebut. Kami menggembur menggunakan cangkul. Kami menggembur pada kedalaman sekurang - kurangnya 1 kaki kedalaman.
Kelebihan menggembur tanah:
1. Menjadikan medium tanah lebih berongga dan sesuai untuk akar tanaman menyerap air dan membesar dengan baik menggunakan nutrien yang ada dalam tanah.
2. Medium yang digembur memudahkan tanah menembusi dan akar mudah untuk menyerap udara.
3. Dengan menggembur tanah, rumpai yang wujud dapat dikawal dengan baik agar tidak terlalu tumbuh dikawasan tanaman dengan liarnya.
4. Mengecat papan batas
Setelah selesai proses din atas, kami mengecat papan batas dengan menggunakan minyak hitam. Tujuan utama mengecat ini adalah bagi mengelakkan papan dimasuki air dan semut membuat sarang.
👇👇 Video Minggu ini 👇👇
Ini Merupakan video kami sepanjang minggu ini dan kami memenuhkan hari cuti hujung minggu kami di ladang menyiapkan batas.
Selamat Menonton......
No comments:
Post a Comment