Pada minggu ketujuh ini kami telah didedahkan dengan cara pembiakan aseksual serta cantuman baji...
Untuk pembiakan aseksual, kami didedahkan dengan pembiakan secara keratan daun, rumpun dan bebawang.
a. Keratan Daun
Keratan daun boleh dilakukan untuk pokok berjenis
1. Herba (herbaceous) seperti pokok ati-ati, sanchzia, misai kucing dan selasih.
2. Pokok-pokok jenis lendair (succulents) seperti asam batu, gul bakawali, lidah mak mentua, paperomia dan gloxinia.
Ada enam jenis keratan daun yang boleh dilakukan.
- Helai daun/leaf blade
- Tangkai daun/leaf petiole
- Kepingan daun /leaf sectioned
- Mengerat urat/veins severed
- Ruas daun/leaf node
- Tunas daun/leaf bud
b. Rumpun
- Ambil tanaman yang mempunyai rumpun seperti pandan dan serai.
- Pecah-pecahkan rumpun sehingga menjadi beberapa rumpun.
- Ambil rumpun yang telah di pecahkan.
- Tanam ke dalam medium penanaman dan hendaklah di tanam separas dengan keadaan semasa hidup berumpun.
c. Bebawang
Bebawang mempunyai batang yang pendek yang terdapat di bawah tanah, ia mempunyai daun yang bersisik mengelilinginya. Makanan disimpan di dalam daun dan bukan di dalam batang Tunas bagi bebawang terbahagi kepada dua, tunas terminal dan tunas axillary. Tunas terminal yang akan menggunakan makanan yang disimpan pada daun untuk membesar menjadi pucuk.
Apabila daun daripada pucuk sudah terdedah pada matahari, pucuk itu sudah mampu untuk membuat makanannya sendiri. Makanan yang berlebihan akan dipindahkanpada batang untuk membentuk bebawang yang baru. Contoh tumbuhan bebawang ialah: bawang, bawang putih, Spider Lily dan teratai.
CANTUMAN BAJI
Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain menggunakan kaedah ini.
Peralatan yang diperlukan:
- Pisau
- Parafilm
- Plastik
- Tali
Langkah-langkah:
- Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.
- Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
- Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang.
4. Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji
5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.
6. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm.
7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat.
8. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum.
9. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu. Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.