Pada minggu keempat ini, aktiviti kami adalah;
1. Penjagaan tanaman
2. Tanaman secara keratan batang
Sebelum itu, mari belajar terlebih dahulu tentang jenis- jenis pembiakan yang ada serta tujuan pembiakan dilakukan.
Ok mari belajar bersama saya........
Jenis- jenis Pembiakan
Melalui gambar di atas, kita dapat mengetahui dan mempelajari jenis-jenis pembiakan tumbuhan yang boleh dilakukan.
Jenis-jenis pembiakan tumbuhan ada 2 iaitu pembiakan seks dan juga aseks
Pada minggu ini, kami telah melakukan dan mempelajari cara penanaman aseksual dengan menggunakan kaedah keratan batang.
Tujuan pembiakan tumbuhan dilakukan adalah :
1. Untuk memastikan kesinambungan sesuatu spesis tumbuhan
2. Untuk memastikan sesuatu spesis tumbuhan tidak pupus.
3. Untuk menghasilakn baka baru yang mampu mengeluarkan hasil yang banyak
4. Untuk bekalan makanan yang mencukupi.
Langkah-langkah sepanjang proses menanam pokok jenis keratan batang:
1. Mengambil batang pokok bunga atau pokok yang boleh digunakan untuk penanaman secara keratan batang.
2. Memotong bahagian bawah keratan batang secara menyerong supaya luas permukaan lebih besar untuk pokok itu menyerap nutrien daripada tanah.
3.Menyediakan medium tanah dengan menggunakan nisbah 1:1. 1 bahagian tanah top soil dan satu bahagian tanah biasa.
Kedua-dua tanah dicampur dan digaul sama rata
Plastik polybag yang siap diisi dengan tanah
5. Batang pokok yang diambil dipotong secara serong dan juga dibuang daun untuk penanaman.
6. Setelah siap memotong batang pokok, keratan tersebut dicelup ke dalam penggalak akar sebelum ditanam.
Tips dan jenis-jenis penggalak akar :
Penggalak akar mempunyai 3 jenis iaitu penggalak akar 1 untuk dahan yang lembut, penggalak akar 2 untuk dahan pokok yang sederhana lembut dan penggalak akar yang ke 3 untuk dahan yang keras.
7. Pokok yang siap ditanam dengan menggunakan kaedah keratan batang.
Tips untuk dahan yang lembut dan sederhana, daun mesti ditinggalkan 2 hingga 3 helai manakala untuk batang pokok yang keras perlu ditinggalkan 1 atau buangkan semua daun pada keratan batang tersebut.
Kaedah ini sangat mudah dilakukan di mana sahaja kerana ia amat ringkas dan cepat.
Proses ini sangat penting untuk memastikan kesinambungan setiap spesis tumbuhan.
No comments:
Post a Comment