Assalammualaikum semua.
Pada minggu ke-10 pelajar SPPH akan membuat tut udara yang telah di ajar oleh tenaga pengaja. Awak semua tahu tak apa itu tut? Okay harini saya akan mengenalkan kaedah tut bagi tumbuhan untuk anda semua. Sebelum itu, tut merupakan 1 teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan/ranting ynag masih terlekat pada pokok induk, iaitu pada bahagian yang masih boleh menerima air dan minuman daripada induk pokok. Awak semua tahu tak kelebihan dan kekurangan dalam menggunakan kaedah pembiakan tanaman melalui kaedah tut?
Kelebihan tut:
- Ciri pokok induk dapat diwarisi dengn sepenuhnya.
- Tanamam baru lebih cepat matang.
Kekurangan tut:
- Tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada induk.
- Memerlukan kemahiran dalam pembuatan tut.
- Tanaman mudah tunjang kerana ketiadan akar tunjang.
Mari kita mulakan kaedah penggunaan tut yang pertama, iaitu menggunakan medium seperti moist peat dan air.
Berikut merupakan medium yang digunakan dalam kaedah tut.
Langkah-langkah menghasilkan tanan tut.
- Pilih pokok yang sihat dengan ukuran diameter 1cm dantiada ranting kecil pada tempat yng hendak dibuat tut.
- Buatkan 2 kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 2.5cm dan kopekkan kulit dahan.
- Kikiskan bahagian kambium bagi mengelakkan kulit bercantum semula.
- Sapukan horman penggalak akar pada kelaran bahagian atas.
- Bahagikan bebola medium tadi pada dua bahagian dan tekapkan pada batang yang telah dikelarkan.
- Balut medium pada dahan dengan plastik lut sinar.
- Ikat kedua-dua bahagian dengan tali.
Pada minggu ini pelajar SPPH terpaksa menanam semula jagung mereka kerana jagung yang telah ditanam sapa sebelum cuti pertengahan semester yang lalu tidak tumbuh. Berikut merupakan langkah penanaman jagung:
- Semua pelajar telah diberikan 30 biji benih jagung.
- Lakukan penjarangan dalam penanaman biji benih jagung bagi mengelakkan persaingan nutrien antara mereka.
- Lakukan penanaman sehingga habis biji benih.
Aktiviti yang terakhir pada minggu ini adalah, penuaian sayur.
No comments:
Post a Comment