Tuesday, September 18, 2018

MINGGU 2 : MEMBAJA, MERATAKAN TANAH DAN CARA SEMAIAN BIJI BENIH

Assalamualaikum dan selamat pagi semua......

Pada minggu ini kami telah mempelajari tentang cara semaian biji benih, membaja batas dan juga pembersihan tempat dan juga penambahan tanah supaya penuh sehingga ke paras papan.

Pada waktu  pagi, kami mendengar taklimat yang diberikan oleh Pn. Sarina tentang proses membaja dan baja yang selalu digunakan seperti baja kimia dan juga baja organik. Seterusnya, Pn. Sarina juga menerangkan kepada kami cara semaian biji benih dan pemilihan biji benih yang elok.

TUJUAN DAN FUNGSI MEMBAJA 
  •  Membantu merawat dan pulih tanah
  • Membantu menyimpan air
  • Membantu mengawal kadar pH tanah
  • Membantu merangsang pertumbuhan dan kegiatan mikro.

DEFINISI BAJA

    Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanah, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan.

Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia.

Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup.

Baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.

Baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian, atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber).

Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan.

Baja diformulasi khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu pertumbuhan daun atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza. 


Baja organik atau organik fertilizer adalah baja yang dihasilkan melalui bahan berasaskan binatang, tumbuhan dan bahan mineral. Namun secara umum pengeluaran baja organik yang terbesar antara bahan-bahan ini ialah daripada bahan mineral seperti limestone,phosphate rock dan ammonia (dalam pengeluaran industri). 

Tidak seperti baja kimia atau urea, baja organik ialah baja yang digunakan di kebun atau ladang di mana tipikalnya terhasil melalui satu bahan dan membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk kebun anda. Untuk mengklasifikasikan kualiti sesuatu baja organik tersebut, bahan yang digunakan adalah bahan-bahan semulajadi. Baja organik adalah baja yang mengandungi satu atau lebih bahan organik di dalamnya. Bahan-bahan mungkin terdiri daripada haiwan atau tumbuhan atau kombinasi antara keduanya.

Bilamana membincangkan baja organik ini, penting diketahui bahawa definisi organik sama dan teraplikasi juga kepada makanan organik di mana elemen pengomposan fertilizer yang dihasilkan adalah bahan alami tanpa campuran komponen sintetik atau additives. Ini bermaksud, baja harus 100 peratus semulajadi.


JENIS-JENIS BAJA ORGANIK (Baja Asli)

Contoh-contoh dan sumber baja organik lazimnya berbeza penggunaan kerana perbezaan sumber nutrisi. Setiap bahan mempunyai fungsi berbeza mengikut keperluan tanaman anda. Tidak seperti baja kimia yang mungkin mempunyai baja pelbagai-guna. Berikut ialah contoh-contoh baja organik dari sumber berlainan.

1. Sumber haiwan

Sumber najis haiwan seperti ayam, lembu, kuda, arnab dan guano (tahi kelawar). Selain itu juga bahan-bahan binatang seperti tulang, darah dan sebagainya diproses menjadi baja organik seperti darah dan tulang kambing, lembu dan ikan. Misalnya, bloodmeal, bone meal, hides, hoofs dan tanduk adalah sumber penghasilan baja organik.

2. Sumber tumbuhan

Bahan tumbuhan yang sesuai diproses menjadi baja organik seperti kompos, baja alfalfa, baja biji-kapas, baja gluten jagung dan baja rumpai laut. 

3. Sumber mineral

Sumber mineral yang kaya dengan kalsium, magnesium dan phaspate di mana boleh membantu untuk membaiki tanah serta memudahkan tumbuhan menyerap makanan. Contohnya serbuk kapur, batu phosphate,chilean saltpeter. Kadang-kadang peat juga digolongkan dalam kelompok sumber mineral walaupun sebenarnya tidak membekalkan nilai nutrisi kepada tumbuhan tetapi memperbaiki pengudaraan dan menyerap air pada batas.

KESESUAIAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK PADA TANAMAN.

Ini adalah funsi setiap baja organik kepada tumbuhan :

1. Tinja haiwan

Tinja haiwan kaya dengan kandungan nitrogen. Nitrogen adalah bertujuan untuk tumbuhbesaran tanaman di mana membantu kesuburan pada batang dan daun. Oleh itu, selepas dua minggu anak benih pokok ditanam bubuh kompos tinja binatang bagi membantu pertumbuhan pada batang dan daun. Lazimnya sayuran berdaun perlukan nitrogen yang banyak. Contoh tinja haiwan ialah tinja kambing, tinja lembu, tinja arnab dan tinja kelawar (guano). Selain itu, blood meal juga tinggi kandungan nitrogen untuk pertumbuhan tanaman dengan baik.

2. Bone meal

Dihasilkan dari tulang haiwan yang kaya dengan phosphorus di mana berfungsi menguatkan akar dan bunga. Membekalkan kalsium dan sedikit nitrogen. Untuk bunga dan buah pada tanaman bubuh baja ini untuk pengeluaran hasil buah yang baik.

KEBAIKAN BAJA ORGANIK KEPADA BATAS DAN TANAMAN.

1. Membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus untuk tanaman.

2. Kelembapan tanah dan melambatkan kekeringan pada tanah.

3. Sumber nutrient yang tinggi kepada tanaman.

4. Memberi lebih pengudaraan dan saliran yang baik kepada tanah.

5. Penambahan mikroorganisma yang baik dalam batas membolehkan ia menguraikan komponen baja organik seterusnya menghasilkan nutrisi kepada tanaman.

6. Struktur tanah lebih gembur dan peroi dengan kehadiran kompos.

7. Mesra alam tanpa pencemaran.

Menggunakan baja organik pada tanaman adalah satu tindakan yang bijak. Pastikan kita mengikut peraturan penggunaan seperti mana pada label pembungkus. Bukan sahaja penguaran tanaman organik tetapi ia tidak mencemarkan alam sekitar.


BIJI BENIH

Biji benih (Bahasa latin :semen) adalah baka biji (ovulum) dari pokok berbunga yang telah masak.
Sebelum disemai biji benih perlu dipilih untuk menentukan kadar percambahan yang tinggi.
Pemilihan biji benih hendaklah dibuat berasaskan:
  • Biji benih hendaklah yang telah benar-benar matang;
  • Biji benih tulen;
  • Biji benih hendaklah bebas dari serangan penyakit atau serangga perosak;
  • Biji benih hendaklah tidak mempunyai sebarang kecederaan;
  • Biji dari buah yang cukup masak dan dari buah pertengahan bukan dari buah permulaan atau buah penghujung
Proses sepanjang kelas minggu 2 :

1. Mendengar taklimat dari Pn. salina tentang pembajaan dan juga cara semaian biji benih yang akan diberikan kepada kami

2. Pn. Salina menunjukkan cara untuk menyemai biji benih dan menabur biji benih dengan menggunakan nisbah 1:10 iaitu 1 penutup botol biji benih dan 10 penutup botol pasir.

 
3. Proses membaja batas dengan menggunakan baja organik.




Baja yang digunakan adalah sebanyak satu baldi tersebut.

4. Langkah Membaja Batas dilakukan sehingga selesai



  • Menabur baja diatas batas secara keseluruhan




  • Menggaul baja untuk tanah mandapat baja yang secukupnya secara keseluruhan

  • Meratakan tanah selepas menggaul dan tanah dibiarkan selama 3 hari sebelum biji benih disemai.







👇👇 Video minggu ini 👇👇



                                           


Friday, September 14, 2018

Minggu 1 (10/9/2018) MENGGEMBUR BATAS




Assalamualaikum dan selamat menempuh semester baru kepada semua rakan-rakan dan ini adalah aktiviti pertama yang kami lakukan sepanjang minggu ini.

Pada minggu ini, kami akan menceritakan tentang aktiviti yang dilakukan pada hari pertama kami di ladang. Sebelum itu, terdapat peraturan dan langkah keselamatan yang kami perlu patuhi sepanjang melakukan kerja diladang.

Peraturan dan Langkah Keselamatan

   1. Memakai pakaian yang sesuai.

   2. Dilarang bergurau senda semasa melakukan kerja atau memengang alatan tajam.

   3. Alatan tangan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dan disimpan di dalam             stor dengan kemas.

   4. Sebarang kerosakkan alat dan mesin boleh di laporkan kepada pembantu ladang.



Contoh Pakaian yang sesuai dipakai semasa berada di ladang.


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini ;

1. Mengukur batas


    Setiap kumpulan akan diberikan satu lot tanah yang berukuran 10kaki x 5kaki.


 


Maklumat Tambahan :

Batas merupakan satu kawasan tanah yang di tinggikan untuk pertanian atau tanaman sayuran selain untuk perkebunan dalam bahasa mudahnya di tanah tinggi tersebut dengan tujuan bagi memastikan tanaman tidak tenggelam kedalam air.


2. Merumput / Merumpai

    Setiap kumpulan yang telah mendapat lot tanah masing-masing dikehendaki merumput dahulu            sebelum menggembur tanah. Tujuan merumput ini adalah untuk mengelakkan daripada                        berlakunya persaingan antara tanaman yang hendak ditanam.



Tujuan merumput adalah untuk mengelakkan persaingan di antara tanaman hiasan dengan rumpai untuk mendapatkan nutrien, air dan cahaya

Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pembiakan perosak dan ejen penyakit untuk anak pokok baru nanti.



3. Menggembur tanah

    Aktiviti mengembur tanah merupakan aktiviti yang penting bagi menghancurkan tanah yang telah      dirumpai menjadi kecil, hal ini demikian kerana menggembur tanah dapat membantu tanaman            untuk membiak dengan baik terutama sekali bahagian akar dan percambahan biji benih tanaman          tersebut. Kami menggembur menggunakan cangkul. Kami menggembur pada kedalaman sekurang      - kurangnya 1 kaki kedalaman. 







Kelebihan menggembur tanah:

1. Menjadikan medium tanah lebih berongga dan sesuai untuk akar tanaman menyerap air dan                membesar dengan baik menggunakan nutrien yang ada dalam tanah.

2. Medium yang digembur memudahkan tanah menembusi dan akar mudah untuk menyerap udara.

3. Dengan menggembur tanah, rumpai yang wujud dapat dikawal dengan baik agar tidak terlalu              tumbuh dikawasan tanaman dengan liarnya.




4. Mengecat papan batas
    Setelah selesai proses din atas, kami mengecat papan batas dengan menggunakan minyak hitam.          Tujuan utama mengecat ini adalah bagi mengelakkan papan dimasuki air dan semut membuat              sarang.





👇👇 Video Minggu ini ðŸ‘‡ðŸ‘‡




Ini Merupakan video kami sepanjang minggu ini dan kami memenuhkan hari cuti hujung minggu kami di ladang menyiapkan batas.

Selamat Menonton......



SALAM PENGENALAN


Assalamualaikum wbt, kami pelajar 4SPPH 1 dari  Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains dan Kemanusiaan. Kami merupakan pelajar kepada Dr Husna Binti Abd Wahid. Terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan beberapa orang tenaga pengajar yang akan membantu kami dalam menyiapkan setiap projek dalam kursus SPPL 1212 - PENGURUSAN DAN PEMBIAKAN TANAMAN iaitu Puan Salina, Encik Faris dan Encik Abang Hipni. Melalui blog ini, setiap minggu kami akan berkongsi proses dan cara penanaman sayur-sayuran dari semasa ke semasa.

Kami terdiri daripada 4 orang untuk satu blog, iaitu gabungan daripada 2 kumpulan bagi setiap lot tanah.


Rosnani Binti Rala
A15PP0130
Shahirah Binti Seman
A155PP0135


Amira Farhana Binti Azizol
A15PP0010
Anis Asmah Binti Mohd Rozali
A15PP0012