Monday, November 26, 2018

MINGGU 11: PROGRAM LAWATAN SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) ILMI KE LADANG SEKOLAH PENDIDIKAN

Pada 19 November  2018, Dr Nur Husna Abd Wahid  dengan kerjasama Pelajar 4SPPH1 Universiti 

Teknologi Malaysia telah mengadakan aktiviti bersama pelajar SRITI yang datang ke ladang Sekolah 

Pendidikan UTM. penyertaan tersebut telah disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Rendah seramai 28 Orang 

yang terdiri daripada pelajar darjah 1 dan darjah 2.

Pada hari tersebut kelas kami telah menjalankan beberapa aktiviti berkaitan dengan cara penanaman pokok 

dan juga penjagaan pokok dan aktiviti terakhir kami adalah mengajar mereka membuat terarium.

Aktiviti Pertama Kami adalah Pengenalan bersama pelajar dari SRITI.:



Memperkenalkan diri

Aktiviti kedua adalah membawa mereka ke batas tanaman dan mengajar cara menjaga pokok atau tanaman dengan menyiramm dan merumpai batas.


Aktiviti Merumpai dilakukan bersama


Aktiviti menyiram pokok



Aktiviti ke tiga dan terakhir adalah membuat TERRARIUM bersama mereka didalam kumpulan


Menunjukkan cara membuat dan bahan yang digunakan





TERRARIUM yang siap untuk dinilai



Penyampaian hadiah kepada pemenang


Aktiviti Terakhir adalah kuiz yang diadakan berkaitan aktiviti yang telah mereka lakukan


Bergambar bersama pelajar



Video sepanjang program



Friday, November 16, 2018

MINGGU 10 : MEMBUAT PENANAMAN TUT, PENANAMAN JAGUNG DAN PENUAIAN SAYUR

Assalammualaikum semua. 

Pada minggu ke-10 pelajar SPPH akan membuat tut udara yang telah di ajar oleh tenaga pengaja. Awak semua tahu tak apa itu tut? Okay harini saya akan mengenalkan kaedah tut bagi tumbuhan untuk anda semua. Sebelum itu, tut merupakan 1 teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan/ranting ynag masih terlekat pada pokok induk, iaitu pada bahagian yang masih boleh menerima air dan minuman daripada induk pokok. Awak semua tahu tak kelebihan dan kekurangan dalam menggunakan kaedah pembiakan tanaman melalui kaedah tut?

Kelebihan tut:
  1. Ciri pokok induk dapat diwarisi dengn sepenuhnya.
  2. Tanamam baru lebih cepat matang.
Kekurangan tut:
  1.  Tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada induk.
  2. Memerlukan kemahiran dalam pembuatan tut.
  3. Tanaman mudah tunjang kerana ketiadan akar tunjang. 

Mari kita mulakan kaedah penggunaan tut yang pertama, iaitu menggunakan medium seperti moist peat dan air.

Berikut merupakan medium yang digunakan dalam kaedah tut.

Langkah-langkah menghasilkan tanan tut.
  1. Pilih pokok yang sihat dengan ukuran diameter 1cm dantiada ranting kecil pada tempat yng hendak dibuat tut.
  2. Buatkan 2 kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 2.5cm dan kopekkan kulit dahan.
  3. Kikiskan bahagian kambium bagi mengelakkan kulit bercantum semula.
  4. Sapukan horman penggalak akar pada kelaran bahagian atas. 
  5. Bahagikan bebola medium tadi pada dua bahagian dan tekapkan pada batang yang telah dikelarkan. 
  6. Balut medium pada dahan dengan plastik lut sinar. 
  7. Ikat kedua-dua bahagian dengan tali. 
PENANAMAN JAGUNG

Pada minggu ini pelajar SPPH terpaksa menanam semula jagung mereka kerana jagung yang telah ditanam sapa sebelum cuti pertengahan semester yang lalu tidak tumbuh. Berikut merupakan langkah penanaman jagung:

  1. Semua pelajar telah diberikan 30 biji benih jagung.
  2. Lakukan penjarangan dalam penanaman biji benih jagung bagi mengelakkan persaingan nutrien antara mereka. 
  3.  Lakukan penanaman sehingga habis biji benih.
    Aktiviti yang terakhir pada minggu ini adalah, penuaian sayur.

    Itu sahaja aktivi yang pelajar SPPH lakukan pada minggu ini.

Saturday, November 10, 2018

VIDEO MENGAJAR DAN MENERANGKAN MENGENAI TRANSPIRASI, RESPIRASI,FOTOSINTESIS DAN TRASLOKASI

Pada minggu ini merupakan minggu ke-9 dan minggu ini adalah minggu cuti pertengahan semester bagi kami dan kami ditugaskan untuk membuat video untuk mengajar dan menerangkan mengenai proses yang berlaku kepada tumbuhan dan mereka perlu menerangkan semula apa yang mereka faham tentang proses yang telah diajar dengan jelas dan baik.Kami mempunyai 3 pilihan untuk ajarkan konsep ini iaitu pilihan 1 : ibu, ayah,penjaga, adik -beradik ,anak dan pilihan 2 : Rakan-rakan dikampung, jiran di kampung dan orang awam. Pilihan 3: Rakan-rakan UTM dalam bidang lain.

Dibawah ini merupakan video setiap ahli kumpulan kami yang telah dihasilkan



ANIS ASMAH BINTI MOHD ROZALI 
A15PP0012
TRANSPIRASI




SHAHIRAH BINTI SEMAN
A15PP0135
RESPIRASI




ROSNANI BINTI RALA
A15PP0130
FOTOSINTESIS



AMIRA FARHANA BINTI AZIZOL 
A15PP0010
TRANSLOKASI




SEKIAN, TERIMA KASIH..

Tuesday, November 6, 2018

MINGGU 8 : MENUAI DAN MENJUAL SAYUR

Assalamualaikum semua. 

Kawan-kawan semua nak tahu tak ? Pada minggu ini kami akan menuai dan menjual hasil sayuran kami terutamanya kepada Warga Sekolah Pendidikan. yeahh. Kami semua excited dan of course warga Sekolah Pendidikan pun excited nak membeli hasil tangan SPPH kan. 
Kami melakukan kerja-kerja menuai secara berkumpulan. 


Antara proses yang dilakukan adalah :


1. Menuai

Pada proses ini, kami menggunakan alatan seperti :
1. Sudip Tangan
2. Tray Plastik
3. Sarung Tangan







2. Membasuh sayur-sayuran

Setelah selesai proses menuai, kami membasuh sayur-sayuran tersebut sebelum proses menimbang dan pembungkusan dilakukan.





3. Menimbang

Sebeum proses pembungkusan di lakukan, setiap sayuran di timbang dahulu untuk memastikan berat setiap sayuran yang bakal di jual sama dan di jual pada harga yang sama.





4. Pembungkusan

Setelah ditimbang, proses pembungkusan dilakukan, hal ini untuk menarik minat pelanggan untuk membeli sayuran kami.




4. Menjual di sekitar Sekolah Pendidikan.

Saturday, October 27, 2018

MINGGU 7 : TANAMAN SECARA ASEKSUAL DAN CANTUMAN BAJI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pada minggu ketujuh ini kami telah didedahkan dengan cara pembiakan aseksual serta cantuman baji...

Untuk pembiakan aseksual, kami didedahkan dengan pembiakan secara keratan daun, rumpun dan bebawang.


a. Keratan Daun

Keratan daun boleh dilakukan untuk pokok berjenis 

1. Herba (herbaceous) seperti pokok ati-ati, sanchzia, misai kucing dan selasih.

2. Pokok-pokok jenis lendair (succulents) seperti asam batu, gul bakawali, lidah mak mentua,                  paperomia dan gloxinia.


Ada enam jenis keratan daun yang boleh dilakukan.

  1. Helai daun/leaf blade
  2. Tangkai daun/leaf petiole
  3. Kepingan daun /leaf sectioned
  4. Mengerat urat/veins severed
  5. Ruas daun/leaf node
  6. Tunas daun/leaf bud





b. Rumpun

  1. Ambil tanaman yang mempunyai rumpun seperti pandan dan serai.
  2. Pecah-pecahkan rumpun sehingga menjadi beberapa rumpun.
  3. Ambil rumpun yang telah di pecahkan.
  4. Tanam ke dalam medium penanaman dan hendaklah di tanam separas dengan keadaan semasa hidup berumpun.



c. Bebawang

Bebawang mempunyai batang yang pendek yang terdapat di bawah tanah, ia mempunyai daun yang bersisik mengelilinginya. Makanan disimpan di dalam daun dan bukan di dalam batang Tunas bagi bebawang terbahagi kepada dua, tunas terminal dan tunas axillary. Tunas terminal yang akan menggunakan makanan yang disimpan pada daun untuk membesar menjadi pucuk.

Apabila daun daripada pucuk sudah terdedah pada matahari, pucuk itu sudah mampu untuk membuat makanannya sendiri. Makanan yang berlebihan akan dipindahkanpada batang untuk membentuk bebawang yang baru. Contoh tumbuhan bebawang ialah: bawang, bawang putih, Spider Lily dan teratai.




CANTUMAN BAJI

Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain menggunakan kaedah ini.

Peralatan yang diperlukan:

  1. Pisau
  2. Parafilm
  3. Plastik
  4. Tali

Langkah-langkah:

  1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.
  2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
  3. Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang.

4. Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji
       5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.
       6. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm. 


      7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau                  pucuk kering dengan cepat. 
      8. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. 
      9. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu.  Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan                    biarkan ia tumbuh seperti biasa.



Sunday, October 21, 2018

MINGGU 5 EKSPERIMEN BIJI BENIH


A. TAJUK: KEPERLUAN PERCAMBAHAN
BAHAN DAN ALATAN:


BIL
BAHAN DAN ALATAN
1
Kapas

2
Air biasa


3
Biji benih

 4
 Bekas plastik

5
Air didih yang telah disejukkan



KAEDAH:.  
1. Sediakan set radas seperti jadual berikut.
2. Masukkan 10 biji benih setiap radas.

 3. Semua radas disiram/direnjis dengan air kecuali radas B2.

      4. Perhatikan percambahan biji benih setiap hari.

 5. Catatkan keputusan selepas 3 hari.

SET PERTAMA:
KEADAAN UNTUK PERCAMBAHAN
LABEL RADAS

RAWATAN




Cahaya




A1
Diletak di atas meja dan dilembapkan. Biji benoh dilembapkan dengan menggunakan air paip. Biji benih ini akan diram pada setiap hari.





Air




B1
Dilembapkan dengan air seperti biasa. Set percambahan biji benih ini akan di letakkan di bawah meja. Biji benih akan disiram pada setiap hari.


Oksigen

C1
Dilembapkan di dalam air yang telah dididihkan dan dibiarkan sejuk. Diletakkan di atas meja. Biji benih akan disiram pada setiap hari.






Suhu





D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan. Lembapkan kapas dan biji benih dengan menggunakan air paip. Biji benih tidak perlu disiram. Letakkan bekas di dalam peti ais.



SET KEDUA:
KEADAAN UNTUK PERCAMBAHAN
LABEL RADAS
RAWATAN





Cahaya





A2
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan. Lembapkan kapas dengan menggunakan air paip. Bekas akan diletakkan di dalam laci. Biji benih perlulah disiram pada setiap hari.






Air





B2
Dibiarkan kering selepas dilembapkan. Lembapakn kaas dengan menggunakan air paip. Letakkan bekas diatas meja dan biji benih tidak perlu disiram.


Oksigen

C2
Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja. Lembapkan kapas dengan menggunakan air. Siram biji benih pada setiap hari.

Suhu
D2
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan dengan menggunkan air paip.  Pastikan biji benih disiram pada setiap hari.



KEPUTUSAN:
BILANGAN BIJI BENIH YANG BERCAMBAH
SET 1
SET 2



A1
0




A2
5




B1
0




B2
0




C1
1




C2
1




D1
0




D2
0



B. TAJUK : MENGKAJI KEADAAN YANG DIPERLUKAN BAGI PERCAMBAHAN BIJI BENIH.

BAHAN DAN ALATAN:
Biji Benih Kacang Merah 
 
Kapas

Air Didih yang telah disejukkan

5 Tabung Uji

Minyak Masak

KAEDAH:
1.  Empat tabung uji berlabel A, B, C dan D disediakan dengan kandungan seperti di atas




2. Tabung uji A,B,C dan D diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk. Masukkan kesemua biji benih ke dalam tabung uji. 

3.  Biji benih diperhatikan selepas lima hari. 

4.  Pemerhatian direkodkan. 

KAEDAH UNTUK PERCAMBAHAN
LABEL RADAS
RAWATAN
Air, udara dan suhu
A
Kapas basah dan 3 biji benih. Kapas dilembapkan dengan menggunakan air paip. Radas biji benih diletakkan di atas meja. Pastikan biji benih benih disiram.

Air
B
Kapas kering dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja. Biji benih untuk radas B tidak perlu disiram.

Udara
C
Radas diletakkan separuh air yang telah dididihkan ataupun menggunakan air suling, 3 biji benih dan lapisan minyak. Radas akan diletakkan di atas meja.

Suhu
D
Kapas basah dan 3 biji benih. Kapas dilembapkan dengan menggunakan air paip. Radas akan di simpan di dalam peti sejuk.

Cahaya
E
Kapas basah dan 3 biji benih. Kapas dilembapkan dengan menggunakan air paip. Radas akan di simpan di tempat gelap.



KEPUTUSAN:

TABUNG UJI
KEHADIRAN
PEMERHATIAN PERCAMBAHAN BIJI BENIH (BERCAMBAH / TIDAK BERCAMBAH)
AIR
CAHAYA
UDARA
SUHU YANG SESUAI





A





√





√





√





√
3






B






√





√





√
0






C





√





√






√
0






D





√



0






E





√






√





√
2



C. TAJUK :PERCAMBAHAN EPIGEAL DAN HEPOGEAL

RADAS DAN BAHAN:
BIL
RADAS DAN BAHAN
GAMBAR


1


Bikar 80ml/bekas plastik






2





Biji benih kacang dan jagung

 




3



Peat moss


KAEDAH:
1. Masukkan 60ml peat moss ke dalam 2 bikar. Tandakan A untuk benih kacang dan B bagi benih jagung.

2. Semaikan 2 biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.
 

3. Renjiskan biji benih dengan air setiap hari.


4.  Percambahan benih dipantau dan di ambil bacaan setiap hari.

5. Lukiskan gambar percambahan biji benih setelah 5 hari.


KEPUTUSAN:

HARI
KACANG TANAH
JAGUNG
Panjang Radikal (Akar)

Panjang Plumul (Pucuk)
Panjang Radikal (mm)
Panjang Plumul (mm)




6
0
0
35
0